Wednesday, June 19, 2013

~✿Sebuah harapan seorang insan

Bismillahirrahmaanirrahim..

Semua orang ada harapan,
harapan melihat sebuah kemajuan.
aku ada harapan.
sebagai seorang insan,hamba tuhan.
Aku ada keinginan yang didambakan.

Aku teringin melihat sekolah aku
pelajarnya menjadi pelajar harapan.
sebagai masyarakat,pejuang agama yang memberi kebaikan.
bukan untuk dibanggakan mahupun dijadikan sanjungan.
namun,bersama-sama berusaha mengikut peraturan.
aku tahu,di sebalik kemudahan,ada kesusahan.
aku perasan juga di sebalik itu ada kebijaksanaan[hikmah].
aku banggakan mereka.
mempunyai bakat tersimpan.
mereka ada kekuatan,
aku cuma kengkadang rasa akan kesedihan.
bukan berair mata,
namun berkolamkan harapan.
aku sudah lama di teratak itu bersama kenangan.
aku cuma mengharapkan,
namun..
aku perlu berusaha.
aku tak layak cuma ada harapan.
kerana bila aku tak bergerak,
aku tak jadi untuk maju ke hadapan.
sampai bila lagi aku memendam perasaan.
Bila tak tercetuskan,ia hanyalah angan-angan.
bukan impian yang direalitikan.
aku ingin ia menjadi realiti,entah besok atau lusa.mungkin tahun hadapan..
mungkin waktu yang ditetapkan tuhan.
wahai sahabat sekalian,mudahkanlah ia.
jangan mengambil mudah.
aku punya harapan,untuk dilaksanakan bersamamu teman!ayuh.
demi membina generasi Al-Quran,
ia tak semudah yang dijangkakan,
namun tiada yang mustahil bila datangnya pertolongan Allah.

Aku tahu di situ ada kekuatan


 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

No comments:

Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.