Wednesday, June 19, 2013

~✿Jerebu 2013

Alkisah..
(Sempena j e r e b u)

Anak: ibu,jerebu tu apa?

Ibu: Jerebu ni,fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Anak: dan kalau jerebu yang tebal tu,asbut namanya kan bu?

Ibu: betul nak...

Anak: ibu,UPU tu apa?eh,salah...IPU.IPU tu apa?

Ibu: Nak,ketahuilah..
•Indeks Pencemaran Udara (IPU) tu adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu.
Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah macam ni

•Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 >Baik
51 - 100 >Sederhana
101 - 200 >Tidak sihat(johor kat sini)
201 - 300 >Sangat tidak sihat
301 - 400 >Berbahaya
401 - 500>Sangat berbahaya
Lebih 501>Darurat

Anak: boleh sebabkan timbulkan penyakit ke bu?

Ibu: boleh,antara •Masalah kesihatannya,berlaku kepada Kanak-kanak,Orang tua,Pesakit lelah,dan penyakit pernafasan lain.
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ni,

- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
-Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
-Iritasi di mata serta mata yang merah
-Kulit terasa gatal

Anak: jadinya,kita kena buat apa Ibu?

Ibu: nak,
•Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di tadi ialah:

-Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap ya.
-Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar ya.
-Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal ya..

Anak: ha?erm,baru lulus lesen motor...hehe.tak mengapalah mungkin ada hikmahnya tu.

Ibu: Tak pa,bersabar sikit ya...seterusnya,
-Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi ya.
-Selalu minum air ya.
-Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan ya.
  

Anak: Ibu, apa puncanya terjadi jerebu?

Ibu: Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.  Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk.

Apakah puncanya? Seperti biasa, kebaka
ran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera saat ini.

[Sumber:Internet (:]


Anak:ooo I C..ok Ibu,terima kasih bu sebab bagi tahu(:.
Semoga الله melindungi dan merahmati kita.aamin.

Ibu:Aamin.
(Doa ibu makbul tau)
(:


 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

No comments:

Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.