Thursday, January 3, 2013

~✿Syukur=Bahagia..WoW!

rasa berterima kasih kepada Allah,boleh buat kita bahagia.

Bismillah..
pendapat peribadi lah sangat--',sebenarnya pada saya,bahagia itu luas maknanya..
ia bergantung kat sikap setiap individu itu sendiri..ada yang kata bahagia itu bila dapat apa yang dia nak dapat..rasa kecewa bila tidak dapat benda itu..pada saye,

Allah tahu apa yang kita mahu,tapi Allah lah yang Maha mengetahui,apa yang kita perlu..

ye, membuatkan saya tenang.
Bila yang mencipta kita tahu segala-galanya mengenai kita,DIA ada perancangan dan sekaligus menentukan yang terbaik buat kita.

siapa kita berbandingNya?
siapa kita di hadapan yang Maha kuasa?

Malukah kita  bila memberontak,"ahh!aku mesti dapat yang ni!bila aku nak yang tu,asik 'orang' tu yang dapat.."
aduh,
terfikirkah kita bahawa,'orang'itu perjalanan hidupnya berbeza dengan perjalanan hidup kita??

mungkin itu bahagiannya,rezekinya,nikmatnya..yang pernah dia pohonkan kepada Allah dalam doa tulusnya??

Dia PERNAH MINTAK NGAN ALLAH laa,ayat pasar pulok.

kita??pernah inginkan benda itu dengan memohonnya kepada DIA?(Allah)
takkan benda yang dipohonkan dulu oleh 'orang' itu,adil untuk diberikan kepada kita?
Tidak.
dia layak dulu.
kita?
jika mahukan,mengapa tak kita menumpang bahagia atas kebahagiaan orang lain??bersyukur??
lalu,kita pohonkan benda yang kita mahu..(perkara yang baik,rezeki yang baik dan swaktu dengannya.)

jadi,malukah kita?malu.>.<

tidakkah,kita rasa bahagia,jika berfikir positif akan perkara yang mungkin jika difikirkan secara negatif,dapat memakan diri sendiri??aduh!rugi...rugi.
tuntasnya,kita tak berhak mengkhianati,merasa dengki,aniaya,c e m b u r u dan yang se-adik-beradik dengannya,kepada sesiapa sahaja yang memperolehi nikmat dan rezeki daripada Allah.

kita cume..cume...cume.cume boleh cemburu kat 2 perkara,:-

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh cemburu melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari


ya, siapa yang tak cemburu (jeles) kalau ada orang yang banyak rezeki,dah tu, buat perkara baik dengan rezeki yang Allah bagi kat dia tu..contoh sedeqah dgn ikhlas dan baaaaaaaaaaanyak lagi.dan siapa pula yang tak 'cemburu' dengan insan yang diberi ilmu pengetahuan oleh Allah, dia mengajarkan kat orang lain..*pahala.
WoW!

dengan melihat orang lain bahagia,kita juga merasa bahagia.ya,itu antara maksud bahagia
dalam kamus saye--,
jadi,tahu kan nak jadi macam mana?
*ketuk pintu hati,tanya iman.>>peringatan buat saye.

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.