Tuesday, November 20, 2012

~✿Zoom-in diri [Muhasabah]


Allah menyukai rintihan hamba-hambaNya.malah, rindu.
*waktu sekarang :anda bekerja sebagai ‘pemerhati diri sendiri’

Astaghfirullah...
Ya Allah ya tuhanku...
Segalanya hanyalah milikmu.
kami,hambaMu yang tiada daya..
tiada upaya...melainkan pertolonganmu sahaja ya Allah...
Sungguh damai bersamamu walau ketika...walau seketika.
Kau maha mengetahui hati-hati hambaMu ini..
kau tempatkan kami  menghadapi ujian kesenangan..
Ujian kemudahan, namun ramai lagi yang di luar klesenangan di luar sana..


Mrenung.."apa salah aku?" lebih baik daripada meneliti salah orang lain



kami alpa,tika kau uji.
Kami suka,tertawa..
tanpa menyedari.. dan leka akan kenikmatan yang telah kau beri.
Tatkala diuji dengan kemewahan..Kesenangan..
begitulah lama kami menyedarinya..
kami tidak sedar..kami terlena.. dan dibuai lalu ketiduran..
hati kami tertidur..
hati kami tertutup..
hati ini,buta..buta akan kebesaranMu..


Namun, tika pula masa kau uji kami dengan kesukaran..
Kepayahan..kesusahan..begitu cepat sekali kami menyedarinya..
begitu cepat kami mengeluh..kami tidak senang..begitu cepat kami melatah akan ujianMu..
tak sempat mata bercelik 100 peratus..belum pun sampai,
kami cepat sangat mengeluh akan duka yang menimpa..
hati kami masih tidur..lena...

Allah tidak mensia-siakan tangisan air mata yang terbit dari keikhlasan seorang hamba


Dengan segala kudrat ini ya ilahi,
sudilah kau mengampuni kami..
matikanlah hati busuk kami ini..
hidupkanlah hati kami yang kau redha..
akhiri jiwa kami nanti bila tiba masanya,
dengan kalimah laa ilaa ha illallah,muhammadurrasulullah..
Tidur buat masa yang lama,
sebelum kami dibangkitkan nanti kali ke dua,
kami mahu  sebuah "tidur" yang kau sayangi sepanjang masa..
yang kau pandang dengan pandangan kasih dan sayangMu ya Allah..

Maafkan kami ketika kami lupa..
Maafkan kami ketika kami alpa..
Maafkan kami ketika kami leka..
Maafkan kami ketika kami sengaja..
Maafkan kami ketika kami lena,lena di dunia..
Maafkan kami sepanjang usia kami yang terdapat dosa..
Sungguh,maafkan kami ketika kami mengingatiMu sekejap cuma..
Maafkan kami jika Kau berikan nikmat,kami tak manikmati dengan  rasa bersyukur..
maafkan kami ya Allah..

Tika kami tersungkur ini,
pimpinlah kami bangun ya Allah..
sayangilah kami..
maafkanlah kami,,wahai Rabb kami,,
Allahuakbar,Allahu yang ku cinta....
janganlah kau hukum kami ya Allah..
selamatkanlah kami dari mmurka dan marahMu ya Allah..
Nas aluKa ya Allah..

Selamatkanlah mata kami dari neraka..
Selamatkanlah lidah kami dari neraka..
Selamatkanlah mulut kami dari neraka..
Selamatkanlah rambut kami dari neraka..
Selamatkanlah leher kami dari neraka..
Selamatkanlah urat-urat kami dari neraka..
Selamatkanlah hati kami dari neraka..
Selamatkanlah diri kami semua ya Allah..


sesungguhnya kau menghendaki sesuatu ya Allah..
masukkanlah kami ke dalam kehendakmu...
untuk kau menghendaki kami agar menjadi hambaMu yang bertaqwa...
lembutkan hati kami,dari lembutnya batu yang berlekuk dek titisan air yang lama..
lembutkan jiwa kami lebih dari kelembutan sutera indah ciptaanMu ya ilahi..
iringkan jiwa kami,hati kami, dengan sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri para kekasihMu ya Allah.. Wahai Allah,semalam sudah sampai ke penghujungnya.. Kisah seribu satu duka ku harap sudah berlalu.. Tak ingin lagi ku ulangi kembali.. Gerak dosa yang menghiris hati.. Allah,dosa itu menggunung.. Tapi rahmatMu melangit luas.. Harga selautan syukurku.. Hanyalah setitis nikmatMu di bumi.. Wahai tuhan,walaupun taubat seringku mungkiri.. Namun pengampunanMu tak pernah bertepi.. Bila selangkah ku rapat padaMu.. seribu langkah Kau rapat denganku.. Terima kasih Allah ..


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat ~

Monday, October 22, 2012

~✿Tips Menjaga Pandangan..Jodoh kita Allah tentukan

Indahnya.Allah berfirman penuh kasihsayang

Assalammu'alaikum n_n
Jodoh..

psst.ni saya dapat daripada sahabat saya, http://pechentakucing.blogspot.com/
-bermakna sungguh-

Tips Menjaga pandangan:-

~1~ INGATLAH BAHWA ALLAH MAHA MELIHAT
walaupun kita bersendirian di hadapn komputer atau membelek majalah, atau menonton tv,dan            sebagainya.Ya,kita tak melihat Allah, namun Allah melihat kita.

~2~MATA AKAN MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT NANTI
tidak boleh berbohong lagi.

~3~MALIKAT SENTIASA MENCATAT AMAL PERBUATAN
tanpa tercicir walau sebesar zarah.

~4~JAUHI TEMPAT MAKSIAT

~5~BASAHKAN LIDAH DAN SIRAM HATI DENGAN ZIKIR

~#~ingin cinta kepada Allah bertambah dan tidak susut nilai?antara caranya ialah dengan menundukkan pandangan.  Dengan menundukkan pandangan, Allah akan menambahkan cahaya iman ke dalam hati.

yang 'menutup'kan mata pun kena 'tutup' mata itu ya..
ya,sayalah tu

~#~Alah bisa tegal biasa.  Mula-mula agak susah tetapi Allah akan membantu hambaNya yang berusaha menjaga pandangan daripada perkara yang haram.  Berkat mujahadah dan sabar meninggalkan kemungkaran.Lama-lama tersa mudah dan senang menjaga pandangan.

~#~Masih bujang? Kalau masih bujang dan susah menjaga pandangan,maka penyelesainnya berkahwin*.  Ia mampu untuk menundukkan pandangan.

~#~Jika sudah berkahwin pun perlu menjaga pandangan.  Mata yang liar memandang sesuatu yang haram akan menyebabkan rasa hambar kepada yang halal kerana syaitan sentiasa menghiasi sesuatu yang haram supaya kelihatan indah,padahal itu haram.

~#~Menahan diri daripada memandang sesuatu yang menawan,tetapi haram, merupakan satu pengorbanan.
InsyaAllah, Allah akan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

KoNkLuSiNyA,
peribadi calon=peribadi kita
Jangan leka mencari jodoh yang tidak pasti
yang membuatkan kita leka
dengan kematian yang
PASTI 
AkHiRnYa,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalagalanya..


lihat jugak,
:) http://fitrahworld.blogspot.com/2011/08/bagaimana-menjaga-pandangan-dari.html

Saya memberitahu ini,
Bukanlah beerti saya adalah yang baik,
Saya cuma ingin membawakan kepadamu,
Perkara yang baik,
Agar kita bersama-sama peroleh yang baik,
Baik? 
:)

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Wednesday, September 26, 2012

~✿Kejayaan

Rasa puas [syukurdatang dari hati,apabila,usaha yang kita lakukan[yang baik] berbaloi.
Inilh Nikmat yang Allah berikan



Selagi kita ada minatdanUsaha,kita suka,insyaAllah ada jalan.
When thre's the will,Thre's the way.Keep Trust in Allah.
kerana,dengan adanya kemahuan yang kuat,[semangat], batu-batu yang menghalang  di jalanan boleh bertukar menjadi air.

Keyakinan yang telus dan suci,
melahirkan tindakan yang bersih,
lalu hasilnya tidak menjadi pedih,
bahagia yang kita peroleh.

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Monday, September 10, 2012

~✿Marah mudah,tapi bersabar itu indah

Bismillahirrahmanirrahim..

"Kau ingat senang nak sabar?!!
sabar ada tahapnya jugak!"

mungkin, perkataan ni pernah terdengar daripada mulut orang yang tersangat marah,
bila kita nasihat untuk dia,,"bersabar ya..",ditolaknya tangan kita yang membelai bahunya.hmm..

wahai awak yang marah,janganlah nak betulkan perkra yang salah,dengan perkara yang salah,[marah].
Don't Be emo...emosional.okey?

Di saat orang membenci kita,Masih ada Allah yang menyayangi kita.
[itupun kalau tak sepatutnya benci kita.harap faham.]
Tapi,jika Allah membenci kita,tentu saja,tiada sesiapa yang boleh menyayangi kita.

Jadilah lambang kesabaran dan keikhlasan atas Ujian/Dugaan/Petualang/Halangan/Cubaan/Cabaran yang menimpa kita...

Jadilah insan yang memberi Makna/Definisi/Maksud yang paling tepat kepada orang yang mencari,
APAItu Sabar?.

Tenangkan hati,dengan membaca mengahayati Al-Quran Al-Karim,Solat,Sabar,serta Dekat dengan Allah.

Ujian adalah yang mendekatkan hati kita kepada Allah.
Musibah pula adalah yang menjauhkan hati kita daripada Allah.

Kita tak tahu mungkin pahala kita menggunung sebab-sebab
 yang dibuat orang yang tak suka kita.Itupun kehendak Allah.

Eh? macam mana dia bagi pahala kepada kita?
awak,kalau dia mengumpat,awak dapat pahala.tapi,takkan awak biarkan dia punya pahala yang kurang?
awak buat baik balik kat dia eh?nasihat ke,doakan hati di lembut ke..

Tak rugi membalas 'buah' kepada yang baling batu kat pokok['kita'].
cuba kita bersangka baik,Bukan dia tak memahami,tapi BELUM memahami.
Alangkah indahnya berbaik sangka.
Apabila kita berbaik sangka/befikiran positif(+),
kita akan melihat dunia penuh dengan keceriaan,hati jadi senang (=
Apabila kita bersangka buruk/berfikir negatif(-),
Kita akan melihat dunia dengan penuh kesengsaraan,hati jadi sempit )=
Tenag hati,orang lain bakal merasakannya.

Antara Ciri-ciri hati tenang.

Wajah manis,bila hati tenang.


Maafkanlah dia,di saat ada yang buruk,cuba cari kebaikannya walau satu.
Jika 1001 buruknya,carilah 1 kebikannya.
1 perkara positif boleh menghapuskan 1001 perkara negatif.
Walau ia payah.percayalah,ada hikmah[.]
Walaupun sepatutnya,dia mesti terima balasannya.

'Marahlah' kepada yang membawa kepada kemarahan Allah.
Namun,orang beriman tak marah semata-mata nak puaskan nafsunya,ye tak?
Awak,jangan marah masa baca ni,okey?
Perjuangan ini pahit,kerana syurga itu manis,Rahmat Allah tu manis^^
Hidup mesti terus berjalan andai ajal belum tiba.
Agar peroleh Rahmat dan Redha-Nya.

Jadilah bahagia agar boleh membuat orang lain bahagia.
Bahagia yang sebenar.Bahagia di jalan Allah.
Wahai awak,La Tahzan,Innaallaha Ma'anaa.[jangan bersedih,Allah bersama kita ^^]
Perkara yang lepas,ambil yang baik buat bekalan untuk maju ke hadapan.
macam pandu kereta,kita tengok cermin untuk tengok belakang,supaya ke depan dengan selamat kan?
menagakulah^^

Buang yang keruh,dengan usaha kita,agar tepikan penghalang untuk kita maju.
Ya.penghalang itu ada.Bersiaplah.InsyaAllah.

Ketahuilah wahai awak,
BUKAN semua masalah atas pundak kita!
Bukan semua masalah dunia atas bahu kita!
Bukan semua tanggungjawab kita.Ingatlah,kita teruk,ada lagi yang paling teruk.
Bersyukurlah kita kepada Allah.

Ingatlah,kalau orang yang sangat kita 'benci' dah tiada di dunia ini,mungkin,kita akan menyesal.
janganlah begitu,mungkin dialah orang yang akan menolong awak dari benda bahaya?
siapa tahu?Allah sebaik perancang dan penentu segalanya. 
berwasatiyyahlah[bersederhanalah],
jangan suka sesuatu,dengan teramat takut-takut,masa kehilangannya,kita bersedih.Meratap.
jangan pula kita membenci sesuatu dengan teramat sangat,takut-takut kita menjadi menyesal lalu menyayanginya.

jangan kita jual mahal untuk memberi maaf,
nanti kalau di akhirat Allah pulak 'jual mahal',
 apa nak buat??
Na'dzubillah..
Orang baik,hti dia lembut,batu pun lembut dengan air,
apa lagi hati orang yang bukan batu?
Wallahu'alam.

Sejukkan hatimu,
Dengan taburan butiran salju,
Agar terpadam cahaya api itu,
Bukan cahaya marah yang kita mahu,
Namun,cahaya kebenaran daripada Allah,
yang kita perlu.sangat perlu.

Selamat Bersabar wahai awak.

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Sunday, September 9, 2012

~✿Senyum!



Senyuman menawan datang dari hati yang bening

Assalammu'alaikum,
pernah dalam hidup ni...bunyi sedih pulak =D
mm..
bila cerita tentang senyum,ia pun ada cara.

ya,gini,

1:senyum 'SATU' [sebut 'satu' dan lihat mulut anda di cermin]
hasilnya=bukan senyum

2:senyum 'DUA'[ sebut 'dua' dan lihat mulut anda di cermin]
hasilnya=tak berapa nak senyum ",

3:senyum 'TIGA'[sebut tiga: tige..dan lihat wajah anda,tersenyum!^^]
hasilnya=

maka,pilihlah yang [+],
bukan yang [-].

*praktiskan sentiasa,agar bila anda ceria,maka dunia akan ceria kepada anda!

insyaAllah.
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Friday, August 31, 2012

~✿Lirik lagu Sambut Ramadhan oleh Raihan ft Ana Muslim

Assalammu'alaikum, hari ini ingin berkongsi lirik lgu Sambutan Ramadhan oleh Raihan ft Ana Muslim..jom hayati walaupun bulan ramadhan dah pergi tapi,dia akan datang lagi kan?insyaAllah.Boleh mainkan lagunya di playlist sebelah kanan sane tu ..

Kumpulan Nasyid Raihan[lama]

[H A Y A T I  L I R I K  Y A N G  B A I K  I N I]
LIRIK LAGU  RAIHAN FT ANA MUSLIM-SAMBUT RAMADHAN


Bulan apakah yang penuh kemuliaan
Bulan Ramadhan
Di bulan apakah puasa diwajibkan
Bulan Ramadhan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
Dengan hati gembira
Hilangkanlah kesedihan
Kegundahan di hatimu 
Dan juga kegelisahan
Sambut Ramadhan

Di bulan apakah malam seribu bulan
Bulan Ramadhan
Di bulan apakah zakat fitrah diberikan
Bulan Ramadhan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
dengan hati gembira
Hilangkanlah kesedihan
Kegundahan di hatimu
Dan juga kegelisahan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
Dengan hati gembira
Tingkatkanlah amal kebajikan
dengan solat berjemaah
Dan bertilawah Al-Quran
Di bulan Ramadhan

Sambut Ramadhan 
Dengan hati yang riang penuh ceria
Hilangkan segala gundah
Kesedihan
Yang ada dalam hatimu
Sambut Ramadhan
Dengan penuh cinta
Dengan penuh rasa
Rindu dalam hatimu
Dalam jiwa
Senantiasa menantikan
Redha Allah semata
Sambut,sambut Ramadhan

[M O G A  D A P A T  H A Y A T I]


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~









Thursday, August 30, 2012

~✿Bermulanya TRIAL SPM esok [!]


Buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 5 

ya, 'A' yang berkat :)

Assalammu'alaikum, sebenarnya, sekarang mesti muroja'ah a.k.a. ulangkaji subjek kat atas the first subject esok,Trial SPM [!]
Saya agak, sekarang,sahabaat2 saya mesti tengah dan sedang mengulangkaji dengan begitu tekunnya.
awak yang sekelas ngan kita, angguk tau  :)
ntah, rasa nak ulangkaji je kat sini, caranya,saya taip apa yang ingin di muroja'ahkan.^^
let's go guys..[!]
[tak semua pun,tak sempat^^ selebihnya face2 face ngan buku.

Oh ye,tadi ade sempat jumpe kakak senior,rindu....
mm,kak balqis,kita ukhuwah fillah yek,^^
Mm,,ade nasihat berharge sangat,
nak ‘dengar’?[bacelah dengan suaramu^^]
k.balqis:Sanisah,mase SPM, result  9 A straight,lagi okeh dari 11 A 1 C[contoh je],maksudnya ok sebab,yang gred C tu, dia pengaruh gred subjek2 yang lain.
Sebab tu,kalau akak lebih suka amik subjek sikit dan usaha skor semua.

Saya:[ooh] ya Allah,permudahkanlah.

k.Balqis:akk pegang kata2 Ustaz Hamidon”MASA belajar,kalau nak dapat ‘A’untuk PERIKSA,kita dapat ‘A’je,tapi kalau kita belajar untuk bukan periksa,[ilmu dalam kehidupan,] insyaAllah, kita akan dapat dua2 sekali, ‘A’ dan ilmu. ”

saya:senyum lebar.subhanallah^^ [ya Allah,pertemuan singkat ini,mmbawa makna yang panjang,syukran ya Allah. <3>

"tapi,apa-apapun yang akan kita perolehi,sungguh,itu yang kita usahakan.
bersyukur...alhamdulillah."
wallahu'alam.
 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Wednesday, August 29, 2012

~✿Surat 'cinta' tanda kasih untuk sahabat

Bismillahirrahmaanirrahiim,

awak,kita sama-sama berjalan di jalan Allah ya?


awak,
kalau awak pernah..
tengok wajah ini,
dengar suara ini,
rasa tangan yang pernah bersalam denganmu ini,
ketawa bersama diri ini,
menangis bersama diri ini,
memanggil nama ini,
menasihati diri ini,
..................
ku mohon kepada ilahi,
ku harap padamu tika ini,
walau kita bersahabat,
andai awak pernah..
laku yang semua di atas,

ketahuilah,dari hati ku luahkan,

moga juga,awak menyayangi diri ini,
hanya kerana Ilahi,
namun,ku tak bisa...
memaksa dirimu,
memaksa untuk menerima diri ini,
namun,Allah Maha tahu,
apa di hatimu,
moga jua ku menyayangimu keranaNya.
 

~sahabat fillahku,ku menyayangimu~
~bimbingku bersama ke arahNya~

sahabat,
ku ingin awak tahu,
pernah hati ini menangis,
keranamu,
mungkin kerana suka,
tak mustahil kerana duka,
persahabatan perlu pengorbanan.

awak yang bernama sahabat,
akan tahu apa maksudnya,
ya,awak tahu.

akhir,maaf ku pinta, tak nak mase raye je^^
atas segala bermacam alpa,
dosa,
dan salah silap.

sahabat,
ku tahu,awak seorang pemaaf,
suka memaafkan,
justeru,
maafkanlah ku.
ku bersyukur kepadaNya atas kehadiranmu.

insyaAllah,kita sahabat dunia Akhirat.


salam sayang,
sahabatmu.

awak,terima kasih atas segala-galanya


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~



Thursday, August 23, 2012

~✿Hati kecil tersentuh ,Hati ini merasakan dekatnya Allah

ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
Saat dengar lagu ni,diri ini sekan berada di satu tempat yang sangat tinggi namun masih di bawah langit Allah,
Di bawah langitMu oleh Opick ni,memang memeluk belai hati ini tika dalam susah,sedih,duka,lemah,



[H A Y A T I  L I R I K  Y A N G  B A I K  I N I]
LIRIK LAGU OPICK-DI BAWAH LANGITMU

Di bawah langitmu
Bersujud semua
Memuji memuja asmamu
Dan bertasbih semua
Makhlukmu tunduk
Mengharap cinta dan kasihmu


Cahaya ilahi
Hangatnya Di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa



Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semuanya wajah kan dipuji
Pada Allah kita kan kembali



[M O G A  D A P A T  H A Y A T I]

Namun benarnya firman ilahi di kitabNya [Surah Ar-Ra'ad] adalah lagi memujuk:

 الَّذينَ ءامَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ٢٨
(28) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Bagi hati yang sedih tersangat,Islam ada solusi,bukanlah seperti beberapa insan yang menemui jalan mati untuk mengubat hati,percayalah,setiap masalah,diiringi bersamanya penyelesain,kita kena uasaha cari [!]

jangan ambil jalan singkat yang tak betul,jalan mati.

Doa ketika di saat terlalu sedih:

اَللَّهُمَّ رَحْــمَتَكَ أَرجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَــفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ


 , وَاَصْلِحْ لِي شَأْني كُلَّهُ , لَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ



ALLAHUMMA RAHMATAKA ARJUU FALAA TAKILNII ILAA NAFSII THARFATA ‘AININ, WA ASH-LIH LII SYA’-NII KULLAHU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA.

Yaa Allah, hanya kepada Rahmat-Mu aku berharap, janganlah Engkau pasrahkan aku pada diriku 

sekejap matapun. Perbaiki seluruh urusanku. Tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali 

Engkau (HR. Abu Daud, Ahad, dan yang lainnya. Hadis ini disahihkan Al-Albani)

Wallahu'alam.
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~ 




Monday, July 30, 2012

~✿Tip menjadi sahabat yang bahagia dan membahagiakan [Part 1]

Assalammu'alaikum
Sahabat yang ikhlas,doanya diimpikan


bolehlah ana luahkan perasaan kat tetamu2 yang sudi hadir di belog ini^^
antara satu-satunya tip yang ingin ana nak kongsikan,dalam bersahabat adalah
1. Doakan dengan hati yang bening,yang sangat ikhlas,tanpa dia tahu.
jangan pulak dah doa,esoknya,
kita:eh awak,semalam kita doakan awak,supaya awak dapat kebaikan,,bla3,,,
kawan:^^beshnye,,

eh2,awak,jangan cam gitu,,kita cubalah doakan dia,seikhlasnya ye,,buatkn surprise[kejutan] untuk dia di akhirat,,
ukhuwah fillah kan?
sayangilah dia[yang diizinkan] kerana Allah <3

[doakan kebaikn dunia akhirat untuknya.]
insyaAllah,,Allah mendengar do'amu,tak sekrang,Nanti.
mafhum hadits:

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

sebab,Allah tahu apa yang terbaik.
kita dioakan dia,malaikat doakan kitew..
[insyaAllah]

sambung edisi akan datang ye.^^[do follow up*yg baik..^^]


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~


Sunday, July 29, 2012

~✿Menjadi Sebelum Mencari

Assalammu'alaikum perindu bahagia^^[anda lah=D]
mm
Alhmdulillah semalam,Allah bagi rezeki dapat beli buku ni,,.a.k.a. majalah 'Anis'
bil yang ke 180 tuu,,wooohooouu.
Ustazah Fatimah Syarha ada 'dalam' tu.
[apa2 pun,,mestilah kerana Allah,tak gitu?^^]

terkenek batang hidung tiba bace ayat,,
MARI MENJADI SEBELUM MENCARI
awak2 sume mesti tahu 'maa ma'naa' di sebalik ayat ni,,
okeh, ana meng ertikan,ia adalah..
menjadi SOLEHAH,sebelum mencari SOLEH.
okeh,da faham?
[register dalam memori jangka masa panjang yek,,tibela saat Allah tentukan yek.]
wallahu'alam,,
apapun,
Allah yang menjalankan kaki ini,,untuk mentarbiah hati ini.
wassalam~
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Saturday, July 28, 2012

~✿Islam

Semua insan memerlukan Islam.ia agama yang serasi dengan jiwa fitrah insani.

ISLAM is a way of life
ISLAM is a gift, accept it
ISLAM is a journey, complete it
ISLAM is a goal achieve it
ISLAM is an oppurtunity, take it
ISLAM is not for a sinner, overcome it
ISLAM is not a game don't play it
ISLAM is not a mystery behold it
ISLAM is promise, fulfill it
ISLAM is a duty, perform it
ISLAM is a treasure(prayer), pray it
ISLAM is a beautiful of life, see it
ISLAM has message for you, hear it
ISLAM is spot to nfeeling REAL love..love it
ISLAM is SAHLUN.....!
is complete for everything..
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Saturday, July 14, 2012

~✿Bahagia itu


Apa yang namanya BAHAGIA
TIADA
dalam apa yang namanya DOSA

MESKI KITA RASA ia membahagiakan kita,,
NIKMATNYA HANYALAH SEMENTARA
derita selepasnya..
Namun,
bahagia haqiqi,ada dalam apa yang Allah REDHAI.
Mungkin 'pahit' namun,,manis akan ditemui..
hayya fi sabiilillah,,
insyaAllah!
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.