Friday, August 31, 2012

~✿Lirik lagu Sambut Ramadhan oleh Raihan ft Ana Muslim

Assalammu'alaikum, hari ini ingin berkongsi lirik lgu Sambutan Ramadhan oleh Raihan ft Ana Muslim..jom hayati walaupun bulan ramadhan dah pergi tapi,dia akan datang lagi kan?insyaAllah.Boleh mainkan lagunya di playlist sebelah kanan sane tu ..

Kumpulan Nasyid Raihan[lama]

[H A Y A T I  L I R I K  Y A N G  B A I K  I N I]
LIRIK LAGU  RAIHAN FT ANA MUSLIM-SAMBUT RAMADHAN


Bulan apakah yang penuh kemuliaan
Bulan Ramadhan
Di bulan apakah puasa diwajibkan
Bulan Ramadhan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
Dengan hati gembira
Hilangkanlah kesedihan
Kegundahan di hatimu 
Dan juga kegelisahan
Sambut Ramadhan

Di bulan apakah malam seribu bulan
Bulan Ramadhan
Di bulan apakah zakat fitrah diberikan
Bulan Ramadhan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
dengan hati gembira
Hilangkanlah kesedihan
Kegundahan di hatimu
Dan juga kegelisahan

Marilah kita sambut 
Kedatangan bulan suci Ramadhan 
Dengan hati gembira
Tingkatkanlah amal kebajikan
dengan solat berjemaah
Dan bertilawah Al-Quran
Di bulan Ramadhan

Sambut Ramadhan 
Dengan hati yang riang penuh ceria
Hilangkan segala gundah
Kesedihan
Yang ada dalam hatimu
Sambut Ramadhan
Dengan penuh cinta
Dengan penuh rasa
Rindu dalam hatimu
Dalam jiwa
Senantiasa menantikan
Redha Allah semata
Sambut,sambut Ramadhan

[M O G A  D A P A T  H A Y A T I]


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~









Thursday, August 30, 2012

~✿Bermulanya TRIAL SPM esok [!]


Buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 5 

ya, 'A' yang berkat :)

Assalammu'alaikum, sebenarnya, sekarang mesti muroja'ah a.k.a. ulangkaji subjek kat atas the first subject esok,Trial SPM [!]
Saya agak, sekarang,sahabaat2 saya mesti tengah dan sedang mengulangkaji dengan begitu tekunnya.
awak yang sekelas ngan kita, angguk tau  :)
ntah, rasa nak ulangkaji je kat sini, caranya,saya taip apa yang ingin di muroja'ahkan.^^
let's go guys..[!]
[tak semua pun,tak sempat^^ selebihnya face2 face ngan buku.

Oh ye,tadi ade sempat jumpe kakak senior,rindu....
mm,kak balqis,kita ukhuwah fillah yek,^^
Mm,,ade nasihat berharge sangat,
nak ‘dengar’?[bacelah dengan suaramu^^]
k.balqis:Sanisah,mase SPM, result  9 A straight,lagi okeh dari 11 A 1 C[contoh je],maksudnya ok sebab,yang gred C tu, dia pengaruh gred subjek2 yang lain.
Sebab tu,kalau akak lebih suka amik subjek sikit dan usaha skor semua.

Saya:[ooh] ya Allah,permudahkanlah.

k.Balqis:akk pegang kata2 Ustaz Hamidon”MASA belajar,kalau nak dapat ‘A’untuk PERIKSA,kita dapat ‘A’je,tapi kalau kita belajar untuk bukan periksa,[ilmu dalam kehidupan,] insyaAllah, kita akan dapat dua2 sekali, ‘A’ dan ilmu. ”

saya:senyum lebar.subhanallah^^ [ya Allah,pertemuan singkat ini,mmbawa makna yang panjang,syukran ya Allah. <3>

"tapi,apa-apapun yang akan kita perolehi,sungguh,itu yang kita usahakan.
bersyukur...alhamdulillah."
wallahu'alam.
 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Wednesday, August 29, 2012

~✿Surat 'cinta' tanda kasih untuk sahabat

Bismillahirrahmaanirrahiim,

awak,kita sama-sama berjalan di jalan Allah ya?


awak,
kalau awak pernah..
tengok wajah ini,
dengar suara ini,
rasa tangan yang pernah bersalam denganmu ini,
ketawa bersama diri ini,
menangis bersama diri ini,
memanggil nama ini,
menasihati diri ini,
..................
ku mohon kepada ilahi,
ku harap padamu tika ini,
walau kita bersahabat,
andai awak pernah..
laku yang semua di atas,

ketahuilah,dari hati ku luahkan,

moga juga,awak menyayangi diri ini,
hanya kerana Ilahi,
namun,ku tak bisa...
memaksa dirimu,
memaksa untuk menerima diri ini,
namun,Allah Maha tahu,
apa di hatimu,
moga jua ku menyayangimu keranaNya.
 

~sahabat fillahku,ku menyayangimu~
~bimbingku bersama ke arahNya~

sahabat,
ku ingin awak tahu,
pernah hati ini menangis,
keranamu,
mungkin kerana suka,
tak mustahil kerana duka,
persahabatan perlu pengorbanan.

awak yang bernama sahabat,
akan tahu apa maksudnya,
ya,awak tahu.

akhir,maaf ku pinta, tak nak mase raye je^^
atas segala bermacam alpa,
dosa,
dan salah silap.

sahabat,
ku tahu,awak seorang pemaaf,
suka memaafkan,
justeru,
maafkanlah ku.
ku bersyukur kepadaNya atas kehadiranmu.

insyaAllah,kita sahabat dunia Akhirat.


salam sayang,
sahabatmu.

awak,terima kasih atas segala-galanya


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~



Thursday, August 23, 2012

~✿Hati kecil tersentuh ,Hati ini merasakan dekatnya Allah

ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
Saat dengar lagu ni,diri ini sekan berada di satu tempat yang sangat tinggi namun masih di bawah langit Allah,
Di bawah langitMu oleh Opick ni,memang memeluk belai hati ini tika dalam susah,sedih,duka,lemah,



[H A Y A T I  L I R I K  Y A N G  B A I K  I N I]
LIRIK LAGU OPICK-DI BAWAH LANGITMU

Di bawah langitmu
Bersujud semua
Memuji memuja asmamu
Dan bertasbih semua
Makhlukmu tunduk
Mengharap cinta dan kasihmu


Cahaya ilahi
Hangatnya Di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa



Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semuanya wajah kan dipuji
Pada Allah kita kan kembali



[M O G A  D A P A T  H A Y A T I]

Namun benarnya firman ilahi di kitabNya [Surah Ar-Ra'ad] adalah lagi memujuk:

 الَّذينَ ءامَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ٢٨
(28) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Bagi hati yang sedih tersangat,Islam ada solusi,bukanlah seperti beberapa insan yang menemui jalan mati untuk mengubat hati,percayalah,setiap masalah,diiringi bersamanya penyelesain,kita kena uasaha cari [!]

jangan ambil jalan singkat yang tak betul,jalan mati.

Doa ketika di saat terlalu sedih:

اَللَّهُمَّ رَحْــمَتَكَ أَرجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَــفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ


 , وَاَصْلِحْ لِي شَأْني كُلَّهُ , لَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ



ALLAHUMMA RAHMATAKA ARJUU FALAA TAKILNII ILAA NAFSII THARFATA ‘AININ, WA ASH-LIH LII SYA’-NII KULLAHU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA.

Yaa Allah, hanya kepada Rahmat-Mu aku berharap, janganlah Engkau pasrahkan aku pada diriku 

sekejap matapun. Perbaiki seluruh urusanku. Tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali 

Engkau (HR. Abu Daud, Ahad, dan yang lainnya. Hadis ini disahihkan Al-Albani)

Wallahu'alam.
sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~ 




Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.