Wednesday, June 19, 2013

~✿Merenung kesalahan diri sendiri

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

 

KLIK play ok?
sangatlah menyentuh hati yang dah nak keras ni..

Lirik nyanyian Zikraa - Tafakur

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Lamarlah aku wahai Allah

wahai sahabatku,mari kita saling meniupkan doa-doa kebaikan sesama islam.agar memohon ketabahan daripada Allah dalam menjalani ketaatan kepadaNya sebagai hamba Nya dan khalifah di bumiNya ini...Aamin
Allau musta'an.

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~



~✿Jerebu 2013

Alkisah..
(Sempena j e r e b u)

Anak: ibu,jerebu tu apa?

Ibu: Jerebu ni,fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Anak: dan kalau jerebu yang tebal tu,asbut namanya kan bu?

Ibu: betul nak...

Anak: ibu,UPU tu apa?eh,salah...IPU.IPU tu apa?

Ibu: Nak,ketahuilah..
•Indeks Pencemaran Udara (IPU) tu adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu.
Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah macam ni

•Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 >Baik
51 - 100 >Sederhana
101 - 200 >Tidak sihat(johor kat sini)
201 - 300 >Sangat tidak sihat
301 - 400 >Berbahaya
401 - 500>Sangat berbahaya
Lebih 501>Darurat

Anak: boleh sebabkan timbulkan penyakit ke bu?

Ibu: boleh,antara •Masalah kesihatannya,berlaku kepada Kanak-kanak,Orang tua,Pesakit lelah,dan penyakit pernafasan lain.
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ni,

- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
-Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
-Iritasi di mata serta mata yang merah
-Kulit terasa gatal

Anak: jadinya,kita kena buat apa Ibu?

Ibu: nak,
•Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di tadi ialah:

-Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap ya.
-Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar ya.
-Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal ya..

Anak: ha?erm,baru lulus lesen motor...hehe.tak mengapalah mungkin ada hikmahnya tu.

Ibu: Tak pa,bersabar sikit ya...seterusnya,
-Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi ya.
-Selalu minum air ya.
-Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan ya.
  

Anak: Ibu, apa puncanya terjadi jerebu?

Ibu: Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.  Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk.

Apakah puncanya? Seperti biasa, kebaka
ran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera saat ini.

[Sumber:Internet (:]


Anak:ooo I C..ok Ibu,terima kasih bu sebab bagi tahu(:.
Semoga الله melindungi dan merahmati kita.aamin.

Ibu:Aamin.
(Doa ibu makbul tau)
(:


 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

~✿Sebuah harapan seorang insan

Bismillahirrahmaanirrahim..

Semua orang ada harapan,
harapan melihat sebuah kemajuan.
aku ada harapan.
sebagai seorang insan,hamba tuhan.
Aku ada keinginan yang didambakan.

Aku teringin melihat sekolah aku
pelajarnya menjadi pelajar harapan.
sebagai masyarakat,pejuang agama yang memberi kebaikan.
bukan untuk dibanggakan mahupun dijadikan sanjungan.
namun,bersama-sama berusaha mengikut peraturan.
aku tahu,di sebalik kemudahan,ada kesusahan.
aku perasan juga di sebalik itu ada kebijaksanaan[hikmah].
aku banggakan mereka.
mempunyai bakat tersimpan.
mereka ada kekuatan,
aku cuma kengkadang rasa akan kesedihan.
bukan berair mata,
namun berkolamkan harapan.
aku sudah lama di teratak itu bersama kenangan.
aku cuma mengharapkan,
namun..
aku perlu berusaha.
aku tak layak cuma ada harapan.
kerana bila aku tak bergerak,
aku tak jadi untuk maju ke hadapan.
sampai bila lagi aku memendam perasaan.
Bila tak tercetuskan,ia hanyalah angan-angan.
bukan impian yang direalitikan.
aku ingin ia menjadi realiti,entah besok atau lusa.mungkin tahun hadapan..
mungkin waktu yang ditetapkan tuhan.
wahai sahabat sekalian,mudahkanlah ia.
jangan mengambil mudah.
aku punya harapan,untuk dilaksanakan bersamamu teman!ayuh.
demi membina generasi Al-Quran,
ia tak semudah yang dijangkakan,
namun tiada yang mustahil bila datangnya pertolongan Allah.

Aku tahu di situ ada kekuatan


 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Thursday, March 14, 2013

~✿HUKUM "COUPLE"

HUKuM 'berCInta'SEBELUM berkahWiN

Soalan: ustaz,apakah hukum

kita bercinta sebelum

berkahwin seperti yang berlaku

pada remaja-remaja pada zaman sekarang ini?

Ustaz Azhar Idrus memberi Jawapan..

~soalan2 seperti ini pernah ditanya kepada para alim ulama. Antaranya adalah jawapan daripada al-fadhil Tuan Guru Ustaz Dato' Ishak Baharom,(mantan mufti kerajaan negeri Selangor.)

Beliau menjawab:
HARAM hUKUMnya bercinta sebelum berkahwin KERANA

berkasih sayang sebelum berkahwin bukan Sunnah Nabi. Ini adalah CARA BARAT yang kafir dan tIDAK beriman kepada Allah.

Banyak perkara TIdAK elok dikhuatiri TerSeRet bersama percintaan seperti ini.

Kadang-kadang:
!meluahkan perasaan yang tidak patut diluahkan.

!berkhayal dengan benda-benda yang tidak elok.

! Membazirkan wang dan MASA.

Islam mengajar kita supaya bercinta selepas nikah;)

No to 'couple'>'cinte monyet'...
"Jangan bermain dengan api"

Ini untuk kebaikan kita bersama..
Nasihat untuk sahabat apabila kerana Allah, ia akan menjadi indah...
Tanda sayang kerana Allah;)

Moga kita diampunkan Allah dan diselamatkan daripada godaan dahsyat syaiton;)

You still can rePENT and rePAIR;)
Allah Maha pengampun,percayalah.
In syaa Allah ..(:

 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Wednesday, March 13, 2013

~✿Angin 'tampar' muka [Be what you wanna be]

BUT...
[merujuk ayat di atas dan tak perlu fikir ayat:angin tampar muka..muka saya tak cedera pun,angin kan 'lembut' :)]

yang baik-baik je eh.
kalau nak yang tak baik boleh je.
tapi balik pada diri sendiri juga.
kita,
kalau taknak orang tunjuk ataupun marah a.k.a. tegur kat diri kita,
atas kesalahan-kesalahan yang dibuat,
apa yang membuatkan kita buat orang tu marah then nak tegur kita?

kalau kita tak suka orang tuding jari kat kita atas kesilapan kita,
apa yang menyebabkan kita sendiri yang tak menuding jari kat diri kita?
mungkin orang yang menegur tu nakkan kita jadi baik,lalu menasihati kita,
takkan nak 'be'  [jadi] pelawan?
bermakna kita sendiri melawan diri kita,ada ngerti tak ek?mmm.

Makkah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawwarah


bE sIMPLE,
Be Sample.-aleiysha

bE tHE mESSAGE,
If You Want Spread The Message.-kak yan

yOU wORRY aBOUT oTHERS,
but 
You Don't Worry About Yourself
[lagi-lagi tentang akhirat]

 sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

~✿ (: 'Penggerakku' :)

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Uhibbuki jiddan ayyuhal mak:') ku menyayangimu fillah (':


Orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


 Orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Orang yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.

AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

::nak keluarkan yang terbaik,mestilah ada input yang baik::


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Tuesday, March 12, 2013

~✿Iman:Bila cahayanya menyilau..namun,indahnya!


Pernah tak tengok bangunan yang gah;tinggi,cantik?
ya,semestinya asasnya sungguh kukuh.Terbinanya ia dengan izin Allah jua.
ya,begitulah ketinggian peribadi seseorang manusia.Di hatinya,terbinanya asas yang teguh.
Nak tahu apa itu?
I M A N.
definisinya[maksudnya]:Membenarkan dengan hati,berikrar dengan lidah,beramal dengan anggota badan.
iman boleh ber'+' :bertambah.
iman boleh ber'-':berkurang.
itu iman manusia biasa.


sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~


Thursday, January 3, 2013

~✿Syukur=Bahagia..WoW!

rasa berterima kasih kepada Allah,boleh buat kita bahagia.

Bismillah..
pendapat peribadi lah sangat--',sebenarnya pada saya,bahagia itu luas maknanya..
ia bergantung kat sikap setiap individu itu sendiri..ada yang kata bahagia itu bila dapat apa yang dia nak dapat..rasa kecewa bila tidak dapat benda itu..pada saye,

Allah tahu apa yang kita mahu,tapi Allah lah yang Maha mengetahui,apa yang kita perlu..

ye, membuatkan saya tenang.
Bila yang mencipta kita tahu segala-galanya mengenai kita,DIA ada perancangan dan sekaligus menentukan yang terbaik buat kita.

siapa kita berbandingNya?
siapa kita di hadapan yang Maha kuasa?

Malukah kita  bila memberontak,"ahh!aku mesti dapat yang ni!bila aku nak yang tu,asik 'orang' tu yang dapat.."
aduh,
terfikirkah kita bahawa,'orang'itu perjalanan hidupnya berbeza dengan perjalanan hidup kita??

mungkin itu bahagiannya,rezekinya,nikmatnya..yang pernah dia pohonkan kepada Allah dalam doa tulusnya??

Dia PERNAH MINTAK NGAN ALLAH laa,ayat pasar pulok.

kita??pernah inginkan benda itu dengan memohonnya kepada DIA?(Allah)
takkan benda yang dipohonkan dulu oleh 'orang' itu,adil untuk diberikan kepada kita?
Tidak.
dia layak dulu.
kita?
jika mahukan,mengapa tak kita menumpang bahagia atas kebahagiaan orang lain??bersyukur??
lalu,kita pohonkan benda yang kita mahu..(perkara yang baik,rezeki yang baik dan swaktu dengannya.)

jadi,malukah kita?malu.>.<

tidakkah,kita rasa bahagia,jika berfikir positif akan perkara yang mungkin jika difikirkan secara negatif,dapat memakan diri sendiri??aduh!rugi...rugi.
tuntasnya,kita tak berhak mengkhianati,merasa dengki,aniaya,c e m b u r u dan yang se-adik-beradik dengannya,kepada sesiapa sahaja yang memperolehi nikmat dan rezeki daripada Allah.

kita cume..cume...cume.cume boleh cemburu kat 2 perkara,:-

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh cemburu melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari


ya, siapa yang tak cemburu (jeles) kalau ada orang yang banyak rezeki,dah tu, buat perkara baik dengan rezeki yang Allah bagi kat dia tu..contoh sedeqah dgn ikhlas dan baaaaaaaaaaanyak lagi.dan siapa pula yang tak 'cemburu' dengan insan yang diberi ilmu pengetahuan oleh Allah, dia mengajarkan kat orang lain..*pahala.
WoW!

dengan melihat orang lain bahagia,kita juga merasa bahagia.ya,itu antara maksud bahagia
dalam kamus saye--,
jadi,tahu kan nak jadi macam mana?
*ketuk pintu hati,tanya iman.>>peringatan buat saye.

sebarkan yang mana manfaat,sempadankan yang mana mudharat~

Doa Rasulullah selepas solat . •❤•. jom beramal. •❤•.